Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MDS Sarikei lakukan pemeriksaan
  • TEMPATAN

MDS Sarikei lakukan pemeriksaan

Utusan Sarawak 5 years ago

EARL ANEK

SARIKEI: Sebanyak 273 premis perniagaan, 11 pusat hiburan dan 109 penjaja pasar awam serta medan selera diperiksa oleh Majlis Daerah Sarikei (MDS) sejak 18 Mac lalu.

Pengerusi MDS, Wing Zee Yeng berkata, tujuh amaran lisan telah dikeluarkan kepada peniaga sepanjang pemeriksaan tersebut.

“Namun begitu, kita (MDS) belum mengeluarkan amaran bertulis, sitaan mahupun kompaun.

“Kita mengambil pendekatan yang lebih serius dengan kerap melakukan pemantauan supaya peniaga mematuhi arahan yang dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Sarawak, pagi semalam.

Katanya, wabak Covid-19 adalah serius dan boleh menjangkiti seaiapa sahaja tanpa mengenal darjat, bangsa atau kaum.

“Oleh itu, masyarakat awam turut memainkan peranan penting dan perlu berganding bahu untuk membendung penularan wabak Covid-19.

“Saya berharap masyarakat awam bekerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada MDS jika ada peniaga yang masih berdegil,” tegasnya.

Selain itu, beliau menasihatkan peniaga-peniaga agar sentiasa mengutamakan kebersihan premis perniagaan mereka.

Continue Reading

Previous: TYT sumbang peralatan kepada HUS
Next: APMM laksana program derma darah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.