BAU: Dua lelaki berusia 23 dan 33 tahun ditahan selepas disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam operasi di daerah ini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A. Rahman berkata, kedua-dua suspek ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau antara 3.30 petang hingga 4.30 petang, hari ini.
“Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah.
“Kedua-duanya ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan atau pengedaran dadah boleh menyalurkannya kepada talian Hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di 012-208 7222 atau Hotline JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di 017-592 9211.




