Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MBHT disaran perkasa peranan lahirkan generasi berdaya saing
  • TEMPATAN

MBHT disaran perkasa peranan lahirkan generasi berdaya saing

Utusan Sarawak 3 weeks ago
UCAPAN… Dato Sri Fadillah Yusof berucap pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri MBHT 2025 di Hotel Waterfront, Kuching.

KUCHING: Persaudaraan Masjid, Bintangor dan Haji Taha (MBHT) disaran agar mengambil peranan lebih proaktif dalam usaha melahirkan generasi baharu yang berdaya saing selaras dengan keperluan pembangunan negeri Sarawak, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof, MBHT bukan sahaja berperanan dari segi keagamaan dan kebajikan, tetapi juga perlu terlibat secara aktif dalam memperkasakan pendidikan dan latihan teknikal.

“Kita perlu melahirkan generasi baharu yang bersedia menghadapi cabaran masa depan dalam bidang ekonomi, digital dan tenaga boleh diperbaharui.

SESI memotong pulut kuning pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri MBHT 2025 di Hotel Waterfront, Kuching.

“Kita mahu anak-anak Sarawak bukan hanya cemerlang dalam akademik, tetapi juga mahir dalam bidang teknikal yang akan menyumbang kepada pembangunan negeri.

“MBHT perlu berganding bahu dengan kerajaan dan sektor swasta dalam membina kapasiti generasi muda yang akan menjadi pemacu kepada kemajuan Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri Persaudaraan MBHT 2025 di Hotel Waterfront, semalam.

RAKAM KENANGAN… Dato Sri Fadillah Yusof bersama yang lain bergambar pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri MBHT 2025.

Tambahnya, Sarawak kini berada jauh ke hadapan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui termasuk hidrogen, hidroelektrik dan gas yang memerlukan tenaga kerja mahir yang mencukupi.

“Cabaran dalam memastikan kestabilan grid tenaga dan menampung keperluan pelabur memerlukan perancangan jangka panjang dan penglibatan menyeluruh daripada masyarakat.

“Kalau kita tidak bersedia dari sekarang, kita akan ketinggalan dan peluang ini akan diambil alih oleh negeri atau negara lain.

“Sebab itu, pendidikan, latihan dan kebersamaan masyarakat perlu menjadi teras kepada setiap perancangan pembangunan,” katanya lagi,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya juga turut menegaskan pentingnya MBHT menyediakan ruang rekreasi, sukan dan pendidikan tidak formal sebagai wadah membina jati diri anak muda.

“Peranan institusi seperti MBHT amat besar kerana mereka dekat dengan masyarakat dan mampu menjayakan program pembangunan akar umbi.

“Marilah kita bersama-sama memastikan anak-anak kita bukan sahaja berjaya secara individu, tetapi turut menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.

“Sebanyak RM50,000 sumbangan diagohkan kepada MBHT bagi menyokong penganjuran program pembangunan pendidikan anak-anak di kawasan tersebut,” ujarnya.

Turut hadir, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah; Yang Dipertua Persaudaraan MBHT, Mohamad Taufik Abdul Ghani serta dif-dif kenamaan.
Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ambil iktibar gangguan elektrik besar-besaran di Sepanyol, Portugal – Fadillah
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah zahir penghormatan terakhir kepada mendiang James Ritchie

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.