Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Mbappe pemain ‘luar biasa’ – Deschamps
  • SUKAN

Mbappe pemain ‘luar biasa’ – Deschamps

Utusan Sarawak 5 hours ago

Didier Deschamps meraikan kemenangan selepas Perancis menewaskan Senegal 3-1 dalam aksi Kumpulan I Piala Dunia 2026 di Stadium New York/New Jersey, East Rutherford, awal pagi tadi. — Foto AFP

EAST RUTHERFORD: Jurulatih Perancis, Didier Deschamps, memuji ketajaman Kylian Mbappe selepas kapten Les Bleus itu menjaringkan dua gol dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia awal pagi tadi (waktu Malaysia), sekali gus muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman negaranya.

“Masih ada yang mengkritiknya, tetapi dia seorang pemain yang luar biasa. Tidak semuanya menjadi untuknya, namun dia mampu mengubah keputusan perlawanan dalam sekelip mata,” kata Deschamps mengenai bintang Real Madriditu.

Mbappe meletakkan Perancis di hadapan pada pertengahan babak kedua dalam aksi mencabar menentang Senegal di Stadium MetLife sebelum melengkapkan kemenangan 3-1 menerusi gol kedua pada penghujung permainan.

Mbappe meledak dua gol bagi membantu Perancis menewaskan Senegal. Foto AFP

Di antara dua jaringan Mbappe itu, Bradley Barcola menambah gol kedua Perancis, manakala Ibrahim Mbaye merapatkan jurang buat Senegal dalam perlawanan Kumpulan I.

“Sebagai kapten, dia banyak membantu pasukan di dalam dan luar padang walaupun ada yang menganggapnya pentingkan diri sendiri,” kata Deschamps mengenai Mbappe yang kini mengatasi Olivier Giroud sebagai penjaring terbanyak Perancis dengan 58 gol daripada 99 penampilan antarabangsa.

“Saya amat gembira untuknya. Dia tidak menjaringkan gol dalam perlawanan persahabatan pemanas badan, tetapi memecahkan rekod di pentas Piala Dunia menjadikannya lebih bermakna.”

Perancis tidak begitu meyakinkan pada separuh masa pertama dan bernasib baik tidak ketinggalan, namun mereka tampil lebih bertenaga selepas rehat apabila kekuatan jentera serangan mereka mula menyerlah.

Deschamps sebelum ini mengingatkan anak buahnya agar tidak terlalu yakin ketika berdepan lawan pertama mereka, namun Perancis kini lebih optimis untuk mara ke pusingan seterusnya menjelang pertemuan menentang Iraq dan Norway.

“Adalah penting untuk memenangi perlawanan pertama menentang pasukan Senegal yang sangat baik,” katanya, sambil memuji aksi cemerlang pemain Michael Olise yang beraksi lebih berkesan selepas dipindahkan dari sayap kanan ke bahagian tengah pada babak kedua.

“Kami menghadapi beberapa kesukaran dan kadangkala kurang tajam. Dengan sedikit ketepatan lagi, kami mampu mencipta lebih banyak peluang pada separuh masa pertama.

“Babak kedua jauh lebih baik selepas Michael Olise bermain di tengah kerana ia menghubungkan keseluruhan permainan kami.

“Kawalan bola dan kemampuan hantarannya membantu kami mencari penyerang. Semakin banyak dia menyentuh bola, semakin baik permainan kami.

“Saya sangat berpuas hati kerana kemenangan dalam perlawanan pertama amat penting berdasarkan situasi kumpulan kami.” 

Perancis, juara dunia 1998 dan 2018, akan menentang Iraq di Philadelphia pada Isnin depan. — AFP

Continue Reading

Previous: Piala Dunia: RTM mohon maaf gangguan teknikal siaran perlawanan Perancis-Senegal di RTMKlik
Next: Austria raih kemenangan Piala Dunia ke atas pendatang baharu Jordan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.