Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Mbappe bantu Perancis tundukan Sweden
  • SUKAN

Mbappe bantu Perancis tundukan Sweden

Utusan Sarawak 5 years ago

France's forward Kylian Mbappe and Sweden's midfielder Sebastian Larsson vie for the ball during the UEFA Nations League football match between Sweden and France on September 5, 2020 at the Friends Arena in Solna, near Stockholm. (Photo by Jessica GOW / TT News Agency / AFP) / Sweden OUT

REBUT…Penyerang Perancis, Kylian Mbappe dan pemain tengah Sweden, Sebastian Larsson bersaing untuk merebut bola ketika saingan Liga Negara-Negara UEFA antara Sweden dan Perancis di Friends Arena,Solna, dekat Stockholm. • Foto AFP

KYLIAN Mbappe berjaya menyempurnakan satu-satunya percubaan tepat Perancis untuk membantu Juara piala dunia itu mencatatkan kemenangan keatas sweeden dalam aksi pembukaan liga Negara-Negara UEFA pada Sabtu.

Mbappe mengegarkan gawang pada minit ke-41 selepas melepasi dua pemain pertahanan, menanti penjaga gol Robin Olsen terjatuh dan kemudian melakukan sepakan lambung dari sudut sukar untuk gol tunggal perlawanan.

Serangan pantas itu cukup untuk memberi kemenangan kepada Perancis dalam pembukaan Kumpulan tiga.

“Ia perlawanan yang menunjukkan kesungguhan pemain, bukan perlawanan yang hebat. Perlawanan permulaan yang bagus, melihat kepada tahap kecergasan pemain,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps”

Mbappe sendiri mengakui faktor kecergasan harus diambil kira selas ia terganggu dengan penularan Covid-19.”Kami tidak semua berada pada tahap yang sama,” kata Mbappe.

Sweden mempuyai tiga peluang untuk menyamakan kedudukan pada 90 minit, walaupun salah satu daripadanya berjaya dihalang pemain pertahanan Perancis, Dayot Upamecano yang melakukan penampilan antarabangsa pertamanya untuk perancis.

Antoine Griezmann mempunyai peluang untuk menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti selepas Anthony Martial dijatuhkan, tetapi sepakan penyerang Barcelona itu tersasar.

“Itu pertandingan yang rumit,” kata Mbappe. “Kami bersaing dengan baik, itu tidak mudah.”

pengendali Perancis,Didier Deschamps telah mengadaptasikan sistem baru dengan dua penyerang.

“Sudah jelas bahawa saya lebih dekat dengan gawang dan Saya suka situasi itu,” kata Mbappe Kapten Perancis, Hugo Lloris juga fokus pada formasi dan kekurangan kecergasan.

“Pada babak kedua, kami kehilangan intensiti, saya mendapati pemain Sweden sangat baik secara fizikal,” kata penjaga gol, sambil menambah bahawa pasukan mereka masih mempelajari sistem baharu itu.

“Kami tidak akan menyesuaikan diri dalam semalam, kami memiliki beberapa hari untuk mempersiapkannya, kami harus mengusahakannya, kami harus memberikannya waktu.”

Perancis akan berdepan Croatia – ulangan final Piala Dunia 2018 – di Stade de France pada Selasa, depan manakala Sweden akan bertemu juara bertahan Portugal di Solna. -AFP

Perancis melakukan perjalanan ke Swedia dengan hanya dua penjaga gol setelah Steve Mandanda dari Marseille dihantar pulang kerana dia dianggap gagal dalam ujian Covid-19 dan tidak ada masa untuk mengatur ujian untuk pengganti. -AFP

Continue Reading

Previous: Mick Schumacher catat podium pertama
Next: Prestasi lebih penting daripada usia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.