Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mayat mangsa jatuh sungai, ditemukan pagi ini
  • KEMALANGAN

Mayat mangsa jatuh sungai, ditemukan pagi ini

Utusan Sarawak 5 months ago

LUNDU: Mangsa yang hilang setelah terjatuh ke dalam sungai di jeti Kampung Kelaoh di sini tiga hari lalu ditemukan meninggal dunia pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Jokepli Hamdi berumur 60 tahun, dijumpai oleh orang awam pada kira-kira jam 8:27 pagi, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Menurut pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Lundu mayat mangsa telah dibawa ke jeti dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin, mangsa sempat meminta bantuan dan cuba berenang ke tebing sungai selepas terjatuh dari bot.

Bagaimanapun, mangsa hilang dihanyutkan arus deras sebelum sempat dibantu.

Operasi SAR yang digerakkan sejak kelmarin membabitkan lapan anggota bomba dari BBP Lundu, empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung.

Continue Reading

Previous: SAR nelayan hilang ditangguh esok
Next: Tujuh orang terselamat Vellfire terbabas, langgar pembahagi jalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.