Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mayat lelaki ditemukan dalam parit di Tudan
  • Utara
  • WILAYAH

Mayat lelaki ditemukan dalam parit di Tudan

Utusan Sarawak 4 months ago

ANGKAT... Pasukan bomba mengangkat mayat mangsa ke tempat lebih selamat dalam kejadian di hadapan pasar raya Emart di Tudan di sini,  petang tadi. Foto Bomba.

MIRI: Mayat seorang lelaki ditemukan orang awam di dalam parit dipenuhi sampah di hadapan pasar raya Emart di Tudan di sini, petang tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, PBT II Henry Jugah berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan tersebut pada kira-kira jam 5.32 petang.

Susulan itu, beliau bersama sepasukannya bergerak ke lokasi kejadian yang terletak tujuh kilometer dari balai. 

“Pasukan bomba bertindak mengangkat mangsa ke tempat yang lebih selamat dan mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan kesihatan yang turut berada di lokasi,” katanya di sini.

Henry berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan ini. 

Setakat ini, identiti mangsa belum diketahui kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu.

Continue Reading

Previous: Jambatan Sungai Ruben bakal siap Januari 2026
Next: Banjir: PPS SMK Suai akan terus beroperasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.