SIBU, 27 November: Mayat seorang kanak-kanak yang ditemukan orang awam di tebing Sungai Lengan di sini pada petang Khamis.
Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika memancing.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Abang Zainal Abidin ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu yang tular di media sosial.
Beliau berkata, identiti mangsa telah dikenal pasti dan mayatnya telah dituntut oleh ahli keluarga.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Oleh Akun Giman



