Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masyarakat perlu bekerjasama jaga kesihatan awam, alam sekitar
  • Tengah
  • WILAYAH

Masyarakat perlu bekerjasama jaga kesihatan awam, alam sekitar

Utusan Sarawak 7 months ago

Lau (duduk empat dari kanan) merakam kenangan bersama penduduk di Rumah Panjang Jonathan Budun, Tanjung Penasu pada program komuniti anjuran MDLBS, semalam. 

SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) meminta masyarakat untuk bersama-sama memikul tanggungjawab dalam menjaga kesihatan awam dan alam sekitar.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar dan Kesihatan Awam MDLBS, Kaunselor Kevin Lau, menekankan bahawa kesedaran perlu dipertingkatkan oleh pihak majlis kerana isu kesihatan awam dan alam sekitar memerlukan usaha pencegahan secara bersama.

“Penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah seperti rabies dan denggi memerlukan usaha kolektif dengan kerjasama pihak berkuasa, kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati,” katanya pada program komuniti anjuran MDLBS di Rumah Panjang Jonathan Budun, Tanjung Penasu, semalam.

Lau, yang mewakili Pengerusi MDLBS, Sempurai Petrus Ngelai, turut menyatakan bahawa program tersebut menjadi medium langsung untuk pihak majlis menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat.

“MDLBS menghargai kerjasama daripada semua pihak, terutama Tuai Rumah Jonathan, yang mengambil inisiatif bekerjasama dengan MDLBS untuk menganjurkan program berfokuskan pendidikan kesihatan.

“Kami juga berterima kasih kepada agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan (KKM) dan Lembaga Sumber Asli & Alam Sekitar (NREB) yang turut hadir untuk memberikan taklimat kepada masyarakat,” tambahnya.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Setiausaha MDLBS, Ng Siang Wei, dan Tuai Rumah Jonathan.

Oleh TARANI LANTING 

Continue Reading

Previous: Polis keluarkan 54 saman dalam Ops Bersepadu
Next: Kampung Usahajaya Baru perlukan ketua masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.