Masakan tanpa pengawasan terbakar, remaja dilaporkan selamat

Facebook
WhatsApp

KUCHING: Seorang remaja perempuan terselamat dalam kejadian kebakaran kecil di sebuah rumah di Taman Orchidwood, Matang, pagi tadi.

Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya yang tiba di lokasi terpaksa memotong mangga pintu untuk memasuki rumah sebelum berjaya menemui remaja terbabit yang masih tidur di dalam biliknya.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 8.41 pagi itu, asap tebal memenuhi ruang rumah akibat masakan yang ditinggalkan tanpa pengawasan di dapur tingkat dua kediaman berkenaan.

Komander Operasi, Rahman Abang Deni berkata, pihaknya segera menyelamatkan mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pasukan bomba bertindak menutup api masakan serta melakukan kerja-kerja pengudaraan bagi mengeluarkan asap yang terkumpul di dalam rumah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kebakaran tidak melibatkan struktur rumah dan operasi selesai, 9.18 pagi. 

Oleh Amanda L. 

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis