Proton X50 musnah terbakar di Borneo Semariang Garden

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba mengambil masa kira-kira 18 minit untuk mengawal kebakaran sebuah kereta di Lorong Ceria, Borneo Semariang Garden, Kuching. Foto JBPM

KUCHING, 15 Oktober: Sebuah kereta jenis Proton X50 musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Lorong Ceria, Borneo Semariang Garden, di sini, malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya, PBK I Ibrahim Assan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.09 malam sebelum tiba di lokasi pada 10.27 malam.

Menurutnya dalam kenyataan hari ini, kebakaran melibatkan sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan itu berjaya dipadamkan sepenuhnya menggunakan satu aliran saluran bantu mula.

HANYA tinggal rangka selepas musnah sepenuhnya dijilat api. Foto JBPM

Operasi berjaya dikawal pada 10.45 malam dan ditamatkan pada 10.50 malam selepas pasukan memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula serta keadaan di lokasi selamat.

Kejadian itu tidak melibatkan sebarang mangsa atau kehilangan nyawa.

Seramai 11 anggota bomba digerakkan ke lokasi dengan sebuah jentera bomba (FRT) dan sebuah kenderaan Urvan. Polis turut berada di lokasi bagi membantu operasi.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Afiq Sallehi

Rumah kosong musnah sepenuhnya dijilat api

ASAJAYA, 13 Oktober: Sebuah rumah kosong berstruktur separuh kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Jemukan menghala ke Semara, berhampiran