Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Maritim tahan bot tunda tukar nakhoda tanpa maklum
  • JENAYAH

Maritim tahan bot tunda tukar nakhoda tanpa maklum

Utusan Sarawak 4 months ago

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim (APM) Malaysia Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot tunda yang didapati melanggar peraturan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

Penahanan dilakukan di perairan 7.5 batu nautika timur laut Tanjung Kidurong di sini pagi tadi ketika rondaan operasi OP PERMAI 01/2025.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, bot tunda tersebut dikendalikan oleh tujuh kru warga tempatan berusia antara 35 hingga 50 tahun.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot ini disyaki melakukan kesalahan kerana tidak memaklumkan secara bertulis kepada Pendaftar Kapal berkenaan pertukaran nakhoda dalam sijil pendaftaran kapal. 

“Kesalahan ini boleh dikenakan tindakan di bawah MSO 1952,” katanya dalam satu kenyataan.

Bot tunda bersama kru seterusnya diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut.

Dalama pada itu, Suffian mengingatkan kesemua komuniti maritim supaya mematuhi undang-undang ketika melakukan sebarang aktiviti di laut.

“Sebarang maklumat, aduan, atau insiden kecemasan boleh dilaporkan ke Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu di talian 086-314 254, Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544), atau MERS 999 untuk tindakan segera,” ujarnya.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Senior citizen loses RM15,000 to credit card fraud
Next: Marine police seize fireworks worth RM21 milion in Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.