Maritim Malaysia tahan bot tunda disyaki beroperasi tanpa sauh di perairan Bintulu

Facebook
WhatsApp
BOT tunda ditahan APMM Zon Maritim Bintulu selepas disyaki beroperasi tanpa sauh dalam operasi penguatkuasaan di perairan Bintulu, semalam.

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot tunda yang disyaki beroperasi tanpa sauh dalam operasi penguatkuasaan di perairan Bintulu, semalam.

Pengarah Maritim Zon Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, bot tunda itu ditahan kira-kira 12.16 tengah hari di kedudukan 3.1 batu nautika barat daya Tanjung Kidurong ketika aset Maritim Malaysia melaksanakan Op PERMAI 01/2019 dan Op TIRIS 4.0.

SEBUAH bot tunda ditahan APMM Zon Maritim Bintulu selepas disyaki beroperasi tanpa sauh ketika Op PERMAI 01/2019 dan Op TIRIS 4.0 di kedudukan kira-kira 3.1 batu nautika barat daya Tanjung Kidurong, semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati bot tunda berkenaan disyaki melanggar Seksyen 300 Ordinan Perkapalan Saudagar (Merchant Shipping Ordinance, MSO) 1952 kerana beroperasi tanpa sauh, iaitu antara kelengkapan keselamatan wajib bagi sesebuah vesel.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot tunda itu dikendalikan oleh lapan kru membabitkan dua warga tempatan termasuk nakhoda, seorang warga Indonesia, dua warga Myanmar dan tiga warga India,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, bot tunda bersama semua kru ditahan sebelum diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Muhammad Suffian berkata, pematuhan terhadap keperluan keselamatan pelayaran adalah tanggungjawab setiap pemilik, pengusaha dan pengendali vesel bagi mengurangkan risiko kemalangan serta memastikan keselamatan nyawa di laut sentiasa terpelihara.

LAPAN kru bot tunda terdiri daripada dua warga tempatan termasuk nakhoda, seorang warga Indonesia, dua warga Myanmar dan tiga warga India ditahan Maritim Malaysia Zon Maritim Bintulu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 300 Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, semalam.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana vesel yang gagal mematuhi peraturan keselamatan dan undang-undang maritim negara.

“Penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan perairan Malaysia kekal selamat, teratur dan mematuhi piawaian pelayaran yang ditetapkan,” ujarnya.

Beliau turut menggesa komuniti maritim supaya sentiasa mematuhi peraturan pelayaran serta menyalurkan maklumat, aduan atau melaporkan sebarang insiden kecemasan di laut menerusi talian kecemasan 999, Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu di 086-314254 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di 082-432544 bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Oleh Carolyne Utih

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara