Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Malaysia, Singapura terus kukuh hubungan
  • GLOBAL

Malaysia, Singapura terus kukuh hubungan

Utusan Sarawak 3 years ago

DATUK Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Lee Hsien Loong.

SINGAPURA: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein  mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sekian lama terjalin ketika mengunjungi Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, menurut Kementerian Pertahanan (Mindef) republik itu.

Mindef dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Sabtu lalu memaklumkan, Hishammuddin kini berada di Singapura bagi menghadiri Dialog Shangri-La (SLD) ke-19 bermula Jumaat (10 Jun) hingga Ahad (12 Jun).

Hishammuddin bertemu Lee di Istana pada Sabtu dan turut dihadiri Menteri Kanan (Pertahanan) republik itu Zaqy Mohamad.

Ketika pertemuan itu, Lee dan Hishammuddin sepakat untuk terus mengeratkan kerjasama, dan hubungan rakyat antara Singapura dan Malaysia terus diperkukuh.

Kedua-dua pemimpin turut membincangkan tindak balas terhadap cabaran keselamatan serantau seperti keselamatan siber dan maritim serta memerangi keganasan.

“Mereka mengulangi kepentingan mengukuhkan kerjasama pertahanan sedia ada melalui platform pelbagai hala seperti Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM), ADMM-Plus, Perjanjian Pertahanan Lima Negara, dan juga menekankan keberkesanan langkah kerjasama gabungan seperti Rondaan Selat Melaka dan Kemudahan Maklumat Menangani Keganasan dalam meningkatkan keselamatan dan kestabilan serantau,” menurut kenyataan itu.-Bernama

Continue Reading

Previous: 10 MAUT, ratusan ribu dipindahkan
Next: Gunung berapi Bulusan bakal meletus lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.