Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Majlis Rumah Terbuka DBKU pada Aidilfitri kedua
  • SEMASA

Majlis Rumah Terbuka DBKU pada Aidilfitri kedua

Utusan Sarawak 1 month ago

PETRA JAYA: Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan diadakan pada Aidilfitri kedua bersamaan 2 Syawal 1446H iaitu 1 April ini.

Jurucakap DBKU memaklumkan majlis itu akan berlangsung di Ibu Pejabat DBKU, Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya bermula 10.00 pagi sehingga 4.00 petang.

“Majlis ini antara lainnya bertujuan beramah mesra serta mengeratkan silaturrahim antara DBKU dan warga kota.

“Di samping meningkatkan persefahaman masyarakat dan berkongsi kegembiraan bersama-sama.

“Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri DBKU, dan jemputan ini adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

“Diharapkan penganjuran majlis rumah terbuka ini dapat mengeratkan lagi kebersamaan, perpaduan, keharmonian serta memberikan keceriaan untuk seluruh warga kota,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Waktu operasi ICQS dilanjutkan sempena Aidilfitri
Next: AirAsia sahkan tiada kebakaran enjin pada penerbangan AK128

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.