Majang berdepan cabaran Baba, Simon dalam saingan tiga penjuru di Samalaju

Facebook
WhatsApp
DATUK Majang Renggi mengangkat tangan bersama Baba Emperan dan Simon Petrus selepas ketiga-tiganya disahkan bertanding bagi kerusi DUN N.70 Samalaju pada PRN Sarawak ke-13.

BINTULU, 28 Nov: Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.70 Samalaju, Datuk Majang Renggi bakal berdepan cabaran dua calon lain dalam pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Majang yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan dicabar Baba Emperan daripada Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan Simon Petrus daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Ketiga-tiga calon disahkan bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Sharpini Daud pada 10.22 pagi selepas proses penamaan calon di Stadium Muhibah, Bintulu selesai.

Baba memperoleh nombor calon satu, diikuti Majang dengan nombor dua, manakala Simon mendapat nombor tiga.

Majang yang juga Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak serta Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) merupakan wakil rakyat pertama bagi kawasan Samalaju sejak kerusi itu diwujudkan pada 2016.

Pada PRN 2021, beliau mempertahankan kerusi berkenaan dengan majoriti 6,043 undi selepas memperoleh 7,547 undi.

Sebelum itu, beliau turut memenangi kerusi sama pada PRN 2016 dengan majoriti 2,464 undi.

Baba pula merupakan anak tempatan Samalaju dan pernah bertanding di kerusi berkenaan pada PRN 2016 dan 2021.

Sementara itu, proses penamaan calon berlangsung lancar tanpa sebarang insiden. Kehadiran penyokong GPS dilihat lebih ramai berbanding penyokong PBDS, manakala penyokong PBK tidak kelihatan di pusat penamaan calon.

Oleh Carolyne Utih

Padungan saksikan persaingan tiga penjuru

KUCHING, 28 Nov: Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan calon Parti Tindakan Demokratik (DAP), Michael Kong

Padungan saksikan persaingan tiga penjuru

KUCHING, 28 Nov: Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan calon Parti Tindakan Demokratik (DAP), Michael Kong