Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Mahkamah tolak permohonan Petronas tangguh saman Petros
  • MAHKAMAH

Mahkamah tolak permohonan Petronas tangguh saman Petros

Utusan Sarawak 3 weeks ago

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menangguhkan prosiding saman pemula Petroleum Sarawak Berhad (Petros) bagi membatalkan tuntutan Petronas berhubung jaminan bank berjumlah RM7.95 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Faridz Gohim Abdullah, yang membuat keputusan itu, berkata tiada keadaan khas dan alasan kukuh bagi membolehkan saman pemula itu digantung sementara menunggu  keputusan akhir prosiding terdahulu.

Beliau turut menetapkan 11 Jun depan bagi pendengaran saman pemula difailkan oleh Petros sementara menunggu permohonan Petronas bagi kebenaran untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini.

Menerusi saman itu, Petros memohon deklarasi bahawa tuntutan Petronas pada 14 Okt 2024 berhubung jaminan banknya adalah tidak wajar, menyalahi undang-undang dan justeru itu, adalah tidak sah serta terbatal.

Tuntutan itu membabitkan pembayaran bagi gas asli yang dibekalkan oleh Petronas kepada Petros di bawah satu perjanjian pembekalan gas bertarikh 30 Dis 2019.

Pada prosiding sebelum ini, Petros melalui peguamnya Sim Hui Chang berhujah bahawa perjanjian itu tidak dapat dilaksanakan susulan pindaan kepada Seksyen 7 Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016, yang digubal pada November 2023, yang menyatakan bahawa tiada orang selain pengagregat gas boleh membekalkan atau mengagihkan gas di Sarawak tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Pengarah Pengedaran Gas.

Oleh itu, Petros berhujah adalah tidak wajar bagi Petronas untuk menuntut bayaran bagi gas yang telah dibekalkan secara tidak sah dan bertentangan dengan ordinan berkenaan.

Bagaimanapun, peguam Alex Ngu yang mewakili Petronas menafikan ia tertakluk kepada DGO kerana hanya perlu terikat dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974.

— BERNAMA 

Continue Reading

Previous: Mahkamah Rayuan arah Yasin ditempatkan di Hospital Bahagia di bawah perkenan Sultan Selangor
Next: Lelaki OKU cabul kanak-kanak di masjid dirujuk kepada pakar psikiatri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.