Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lori terbalik, muatan sawit berteraburan
  • KEMALANGAN

Lori terbalik, muatan sawit berteraburan

Utusan Sarawak 2 days ago
LORI dengan muatan buah kelapa sawit terbalik di Bulatan Wong King Huo di sini, pagi tadi. Foto: BBP Sibu

SIBU: Sebuah lori dengan muatan buah kelapa sawit terbalik di Bulatan Wong King Hou di sini, pagi tadi.

Kejadian yang berlaku awal pagi itu menyebabkan tumpahan minyak diesel dan muatan yang dibawa bertaburan di atas jalan dan menghalang laluan di bulatan tersebut.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.56 pagi.

LORI dengan muatan buah kelapa sawit terbalik di Bulatan Wong King Huo di sini, pagi tadi. Foto: BBP Sibu

Katanya, sepasukan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian didapati sebuah lori terbalik di dalam bulatan Wong King Huo menyebabkan tumpahan minyak diesel sepanjang 50 meter. 

“Pasukan bomba membersihkan tumpahan minyak tersebut menggunakan pasir. Sementara pmandu lori hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya menerusi kenyataan sebentar tadi.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Insiden pesawat TUDM, LTSAH ditutup sementara 
Next: Insiden Putra Heights: Pengajaran dalam isu pembangunan dan keselamatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.