IPU Kanowit kekal sangat tidak sihat, Lubok Antu turut melebihi 200

Facebook
WhatsApp

KUCHING: Kanowit terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan 216 setakat 8.00 malam ini, kekal pada tahap sangat tidak sihat.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lubok Antu turut merekodkan bacaan melebihi 200 iaitu 209 dan dikategorikan sebagai sangat tidak sihat.

Sementara itu, Serian merekodkan bacaan 189, diikuti Lundu (189), Kuching (185), Samarahan (174), Tebedu (177), Sri Aman (173) dan Betong (174), yang berada pada tahap tidak sihat.Turut merekodkan status tidak sihat ialah Kapit (136), Sarikei (156), Sibu (154), Bintulu (158), Samalaju (139) dan Belaga (149).

Bagi kawasan lain, Mukah merekodkan bacaan 90, ILP Miri (77), Miri (73), Limbang (74), Lawas (65) dan Bario (56), yang berada pada tahap sederhana.

Berdasarkan skala IPU, bacaan antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 201 hingga 300 berada pada tahap sangat tidak sihat.

Oleh Afiq Sallehi

34 sekolah di Lundu ditutup akibat jerebu

LUNDU: Sebanyak 34 sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lundu ditutup sementara berkuat kuasa serta-merta hari ini susulan