Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Lori simen terbakar di puncak Bukit Begunan
  • KEBAKARAN

Lori simen terbakar di puncak Bukit Begunan

Utusan Sarawak 6 months ago

MUSNAH...Anggota BBP Sri Aman sedang melakukan kerja pemadaman kebakaran pada lori muatan simen di atas puncak Bukit Begunan dekat Pantu, hari ini.

PANTU: Sebuah lori tangki muatan simen dilaporkan terbakar secara tiba-tiba ketika di puncak kawasan Bukit Begunan dekat sini, hari ini.

Jurucakap bomba berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kes kebakaran lori berkenaan pada jam 11.53 pagi.

“Bertindak atas panggilan, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman segera mengerah seramai sembilan anggota diketuai Elijah Tiyit ke lokasi kejadian.

“Setibanya di puncak Bukit Begunan, anggota mendapati lori muatan simen berkenaan sudah mengalami kebakaran sebanyak 80 peratus,” katanya.

Setelah melalukan penilaian awal di lokasi, anggota bomba bertindak melakukan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula.

Katanya, kerja pemadaman api kebakaran pada lori muatan simen itu mengambil masa lima minit dan berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 12.36 tengah hari.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam.

“Lalu lintas kenderaan di puncak Bukit Begunan kembali pulih setelah kerja memadam kebakaran lori selesai dilaksanakan oleh anggota BBP Sri Aman,” katanya.

Continue Reading

Previous: Tindakan pantas orang awam selamatkan kedai satay Taman HarmoniĀ 
Next: Insiden letupan mesin berlaku pada kilang di Samalaju

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.