Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lori kargo bermuatan perabot 60 peratus terbakar
  • KEMALANGAN

Lori kargo bermuatan perabot 60 peratus terbakar

Utusan Sarawak 9 months ago
SEBUAH lori kargo membawa muatan perabot terbakar sebanyak 60 peratus di Jalan Rapong dekat Simpang Debak menghala ke Saratok, malam tadi.

DEBAK: Sebuah lori kargo membawa muatan perabot terbakar sebanyak 60 peratus di Jalan Rapong dekat Simpang Debak menghala ke Saratok, malam tadi.

Ketua Bomba Zon 3 Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong telah menerima panggilan kecemasan sekitar 11.19 malam berhubung kebakaran tersebut.

Dalam pada itu, seramai lima anggota BBP Betong telah dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan bagi bantuan operasi pemadaman.

“Sampai lokasi kejadian, kebakaran melibatkan sebuah lori kargo jenis Nissan membawa muatan perabot telah 60 peratus terbakar berhampiran di Jalan Rapong dekat Simpang Debak menghala ke Saratok.

“Lori tersebut bergerak dari Kuching menghala ke arah Sibu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhammad Rais berkata, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan pam jentera tangki bomba menggunakan dua aliran dengan dua nozel sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan dan operasi terkawal pada 2.30 pagi dan pemadaman tamat sepenuhnya sekitar 3.00 pagi,” katanya.

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: 31 penghuni hilang tempah berteduh, dua rumah terbakar
Next: Lelaki dikhuatiri hilang, motosikal ditemui atas Jambatan Lanang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.