SIBU: Seorang lelaki cedera ringan selepas kereta Proton Saga Aeroback yang dipandunya melanggar sebatang pokok di tepi Jalan Lanang, di sini, petang tadi.
Mangsa berusia 47 tahun dilaporkan mengalami kecederaan ringan dalam kejadian sekitar 4.50 petang itu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 4.50 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dikerahkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi pada 4.54 petang, komander operasi melaporkan kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan Proton Saga Aeroback yang menghala ke Ulu Lanang sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan.
“Kemalangan itu melibatkan seorang mangsa lelaki yang mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan Ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang berada di lokasi untuk dibawa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Katanya, tiada operasi menyelamat dijalankan oleh pihak bomba dan operasi ditamatkan pada 5.04 petang.
Oleh Tarani Lanting





