Sebuah helikopter perubatan heli medic terhempas di Lapangan Terbang Long Lellang

Facebook
WhatsApp
HELIKOPTER ‘flying doctor’ terhempas berhampiran STOLport, 5 dalam pesawat. Foto tular FB

MIRI: Sebuah helikopter perubatan milik Layang-Layang  dilaporkan terhempas di Lapangan Terbang Long Lellang, petang ini.
 
Seramai lima individu (POB) dilaporkan berada di dalam helikopter berkenaan ketika kejadian.
 
Maklumat lanjut mengenai keadaan mangsa serta punca kejadian masih belum diperoleh.
 
Pasukan penyelamat kini menunggu maklumat dan arahan lanjut daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) melalui Pusat Penyelarasan Menyelamat Udara (ARCC)
 
Perkembangan lanjut akan dilaporkan.

Oleh Liong Chai Ling

HELIKOPTER BO-105.