Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lo Khere Chiang terharu dengan kerjasama penduduk
  • TEMPATAN

Lo Khere Chiang terharu dengan kerjasama penduduk

Utusan Sarawak 4 years ago
ADUN BATU KITANG… Lo Khere Chiang Bersama Penghulu Kampung, Saptuyah Yusuh dan Ketua Kampung lain.

KUCHING: Setelah 17 hari bermula 28 Oktober, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Haji Baki ditamatkan dengan jayanya pada 13 November 2020.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo khere Chiang menyuarakan perasaan gembira di samping mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Haji Baki kerana telah memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa ketika PKPD dikuatkuasakan di sana.

Katanya, pada sidang media di Kedai Makan Batu Kitang, “Saya amat terharu dan pada masa yang sama gembira dengan kerjasama penduduk yang banyak bersabar dan patuh dengan arahan ini.

“Disebabkan perpaduan yang harmoni ini, kita dapat menghadapi PKPD dengan jayanya.” 

Menurut beliau, walaupun Kampung Haji Baki sudah selamat, namun kawasan luar daripada Haji Baki masih belum selamat ekoran peningkatan kes Covid-19 baru-baru ini di Kuching yang kini masih dalam zon merah.

“Saya ingin menasihati penduduk kampung Haji Baki untuk sentiasa berjaga-jaga, jaga kesihatan, pastikan untuk sentiasa memakai pelitup muka, amalkan penjarakan sosial dan basuh tangan dengan kerap,” tambahnya lagi,

“Duduk di rumah dan elakkan untuk keluar jika perlu melainkan jika ada urusan penting.”

Lo juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Douglas Amar Uggah Embas kerana telah membuat tindakan pantas dan efektif untuk membendung penyebaran wabak ini.

“Saya juga mengucapkan berterima kasih kepada pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan para penyumbang yang tanpa henti memberi sumbangan berupa makanan, barangan keperluan dan ubat-ubatan kepada penduduk Kampung Haji Baki. Turut hadir pada sidang media itu ialah Penghulu Kampung, Saptuyah Yusuf, Ketua Kampung (KK) Blok A, Bujang Mahrup, KK Blok B, Baslie Sulaiman dan KK Blok C, Rosli Ahmad Darus.

Oleh Asyraf Halim

Continue Reading

Previous: APMM Sarawak pergiatkan kawalan bendung kemasukan PATI
Next: Pemantauan fenomena air pasang dipertingkatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.