
Liverpool's Senegalese striker Sadio Mane (C) vies with Crystal Palace's English defender Gary Cahill (2L) during the English Premier League football match between Liverpool and Crystal Palace at Anfield in Liverpool, north west England on June 24, 2020. (Photo by Paul ELLIS / POOL / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or 'live' services. Online in-match use limited to 120 images. An additional 40 images may be used in extra time. No video emulation. Social media in-match use limited to 120 images. An additional 40 images may be used in extra time. No use in betting publications, games or single club/league/player publications. /

LIVERPOOL semakin hampir untuk meraikan gelaran Liga Perdana Inggeris pertama mereka dalam tempoh 30 tahun dengan kemenangan 4-0 ke atas Crystal Palace ketika mereka kembali ke Anfield tanpa kehadiran penyokong semalam.
Pasukan Jurgen Klopp akan menjadi juara sekiranya Manchester City gagal menang di Chelsea atau dengan satu mata apabila mereka menghadapi City dalam aksi seterusnya pada 3 Julai nanti.
Trent Alexander-Arnold, Mohamed Salah, Fabinho dan Sadio Mane menjaringkan gol ketika Liverpool membuka kelebihan 23 mata di tangga teratas liga.
“Bayangkan jika stadium ini penuh hari ini (semalam) dan semua orang dapat mengalaminya secara langsung,” kata Klopp. “Saya tidak fikir permainan ini lebih baik kerana mereka beraksi seperti semua orang berada di stadium.”
Klopp menyenaraikan semula Salah dan Andy Robertson daripada keputusan seri 0-0 di Everton dan pilihan juara itu lebih menyerupai diri mereka sendiri yang lama ketika Palace begelut untuk mengurangkan jaringan.
“Terdapat lebih banyak irama dan kelancaran berbanding hujung minggu,” kata Alexander-Arnold. “Hari ini (semalam) kami keluar dan bermula dengan pantas dan tidak melakukan sebarang kesilapan dalam keseluruhan perlawanan. Ini akan menjadi salah satu persembahan terbaik kami musim ini.”
“Kami berusaha keras untuk memberitahu pemain kami betapa baik permainan menentang Everton selain di peringkat akhir permainan,” tambah Klopp.
“Hari ini (semalam) adalah reaksi dan saya sangat sukai perlawanan ini. Mendahului 4-0 pada minit ke-87 dan empat pemain mengejar satu pemain Crystal Palace seperti itu satu-satunya bola di dunia.” ujarnya lagi.
Penantian sekian lama Liverpool untuk memenangi gelaran dilanjutkan tiga bulan kerana ‘lockdown’ Covid-19 yang belum pernah terjadi sebelumnya.
“Malam ini adalah langkah besar, itu jelas,” tambah Klopp. “Kita semua masih harus bermain tujuh perlawanan, jika kita bermain seperti ini sebenarnya ia tidak bagus untuk menentang kita.
“Saya harus menonton perlawanan esok kerana kami bermain menentang mereka satu minggu kemudian. Itu profesional dan menjalankan tugas saya.” tegas Klopp lagi.
Tiga pemain penyerang Salah, Roberto Firmino dan Mane telah menjadi kunci kepada kebangkitan Liverpool selama tiga tahun terakhir daripada bergelut hanya untuk layak ke Liga Juara-Juara UEFA kepada memenangi pertandingan itu musim lalu dan kini berada bersendirian di puncak liga divisyen utama Inggeris. – AFP