Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Lima rumah musnah dalam kebakaran di belakang Taman Arbi
  • KEBAKARAN

Lima rumah musnah dalam kebakaran di belakang Taman Arbi

Utusan Sarawak 5 hours ago
KEADAAN lima buah rumah struktur tidak kekal yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran di belakang Taman Arbi.

KUCHING: Lima buah rumah struktur tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di belakang Taman Arbi awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Sarawak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.41 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya digerakkan ke lokasi.

Jentera pertama tiba di tempat kejadian pada 3.45 pagi, iaitu sekitar tiga kilometer dari balai.

Operasi pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Padungan dan BBP Batu Lintang dengan kekuatan keseluruhan 28 anggota.

Kebakaran melibatkan lima buah rumah struktur tidak kekal yang masing-masing berkeluasan sekitar 6.1 x 9.1 meter dan musnah 100 peratus.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan teknik serangan secara ofensif dan defensif.

Pasukan dari BBP Tabuan Jaya menggunakan satu aliran, dua nozel sepanjang 183 meter dengan sumber air daripada pam jentera dan lori tangki air, manakala BBP Padungan menggunakan dua aliran sepanjang 91 meter dengan dua nozel yang disambungkan kepada pam jentera.

Sementara itu, anggota BBP Batu Lintang membantu operasi pemadaman di lokasi kejadian.

Kebakaran berjaya dikawal pada 4.44 pagi. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Operasi melibatkan tiga jentera FRT, sebuah lori tangki air dan sebuah kenderaan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

Turut berada di lokasi ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Bahagian dalaman Mitsubishi Triton musnah dalam kebakaran awal pagi di Sibu
Next: Enam rumah musnah, sebuah lagi rosak dalam kebakaran di Tabuan Hilir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.