Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lima premis judi dipotong bekalan elektrik
  • TEMPATAN

Lima premis judi dipotong bekalan elektrik

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING : Bekalan elektrik di lima premis dipotong dalam operasi bersepadu Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching bersama Sarawak Energy Berhad (SEB) disekitar kawasan Kuching antara 9.00 pagi 12.30 tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata operasi pemotongan bekalan tersebut dilaksanakan selepas lima buah premis yang terdiri daripada kedai runcit dan kedai makan yang disyaki terlibat dalam kegiatan judi tanpa lesen.

Katanya, mengikut seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953, polis boleh membuat permintaan untuk pemotongan elektrik jika mempunyai alasan yang munasabah bahawa premis itu menjalankan sebarang aktviti perjudian.

“Kita beri amaran keras kepada pengusaha berkaitan supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti perjudian tanpa lesen memandangkan pihak polis akan mengambil tindakan sepertimana yang diperuntukan dalam Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya menerusi satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata, BJSD Kuching berjaya melaksanakan empat serbuan berasingan ke atas premis perjudian di sekitar Kuching antara 27 hingga 29 september lalu.

“Dalam sebuan untuk tempoh tiga hari tersebut kita telah tahan beberapa suspek dan kesemua mereka telah pun ditahan reman bagi mebantu siasatan kita.

“Kesemua suspek ini di siasat dibawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang mana memperuntukan denda RM5,000 hingga RM50,000 dan hukaman penjara hingga 3 tahun jika sabit kesalahan,” katanya.

Continue Reading

Previous: Empat kes import positif Covid-19 dicatatkan semalam
Next: SABATI agihkan Kit Sanitasi kepada PPDK Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.