Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lima positif dadah, dua ditahan terlibat judi dalam operasi polis di Lawas
  • JENAYAH

Lima positif dadah, dua ditahan terlibat judi dalam operasi polis di Lawas

Utusan Sarawak 10 hours ago
TANGKAPAN DI LAWAS…suspek kes dadah dan judi di Lawas. 

LAWAS: Polis menahan lima lelaki yang didapati positif dadah serta dua individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian menerusi beberapa operasi berasingan yang dijalankan di daerah ini antara 20 hingga 24 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, pada 20 Jun sekitar 2.20 petang, sepasukan polis menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu lelaki tempatan berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori di tepi Jalan Lawas-Damit.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas suspek dan kenderaan tidak menemukan sebarang dadah atau barang menyalahi undang-undang. Namun, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang kesalahan terdahulu. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Dalam kejadian berasingan pada 22 Jun kira-kira 12.50 tengah hari di Bandar Lawas, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun yang bekerja sebagai buruh kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian.

Pemeriksaan terhadap telefon bimbit milik suspek menemukan aplikasi perjudian, selain sebuah telefon bimbit dan sejumlah wang tunai turut dirampas sebagai barang kes.

“Suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” jelasnya.

Pada petang hari yang sama, polis turut menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 37 tahun di Bandar Lawas kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Pemeriksaan tidak menemukan sebarang dadah atau barang salah, namun hasil ujian air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif methamphetamine dan amphetamine.

“Semakan mendapati semua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya lagi.

Sementara itu, pada 24 Jun kira-kira 4.15 petang, seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun yang bekerja sebagai buruh ditahan di Bandar Lawas kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian.

Pemeriksaan terhadap telefon bimbit suspek menemukan aplikasi perjudian, manakala sebuah telefon bimbit dan sejumlah wang tunai turut dirampas.

Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai 13 rekod kesalahan terdahulu berkaitan dadah dan jenayah. Kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: ​Polis tumpaskan kegiatan loteri haram di pondok kaki lima Roban
Next: 100 warga asing ditahan dalam Ops Bersepadu Imigresen di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.