Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lima lelaki sabung ayam ditahan
  • JENAYAH

Lima lelaki sabung ayam ditahan

Utusan Sarawak 7 months ago

DISERBU... Lokasi kawasan tanah lapang yang dijadikan tempat judi sabung ayam diserbu polis Miri, Sabtu lepas.

MIRI: Lima lelaki warga emas ditahan polis kerana terlibat dalam kegiatan judi sabung ayam di sebuah kawasan lapang di sekitar bandar raya ini, Sabtu lalu. 

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata serbuan menerusi  Ops Dadu itu dibuat pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri sekitar jam 6 petang.

“Semasa serbuan dijalankan, pihak polis telah menangkap lima lelaki warga tempatan dan turut merampas dua ekor ayam serta peralatan yang digunakan untuk aktiviti sabung ayam.

“Siasatan awal pihak polis mendapati suspek berusia di antara 56 tahun hingga 75 tahun dan mengaku datang ke kawasan tersebut untuk berjudi sabung ayam,”  katanya dalam satu kenyataan di sini.

Alexson berkata, satu kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 73 (1) (g) Ordinan Veterinar Kesihatan Awam 1999.

Dalam pada itu,  Alexson berkata, pihak polis turut menasihati masyarakat untuk tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti perjudian yang menyalahi undang-undang. 

Katanya, polis turut meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti perjudian menyalahi undang-undang untuk tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi talian 085-433730 bagi menyalurkan maklumat.

“Pihak PDRM amat menghargai keprihatinan masyarakat terhadap keselamatan dan persekitaran di daerah Miri,” katanya.

Continue Reading

Previous: Dua lelaki bersama seorang wanita ditahan, disyaki edar dadah
Next: Fattah Amin ceraikan Fazura talak satu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.