Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lima lelaki ditahan disyaki pecah masuk gereja di Miri
  • JENAYAH

Lima lelaki ditahan disyaki pecah masuk gereja di Miri

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DITAHAN…Antara suspek ditahan polis kerana disyaki memecah masuk sebuah gereja di Miri. Foto IPD Miri.

MIRI: Lima lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah gereja di sini, ditahan polis hari ini.

Tangkapan dibuat dalam satu operasi yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar Taman Tunku Miri dan Bekenu.

Kejadian pecah masuk yang dilaporkan berlaku pada Mac lalu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.

Dalam operasi tersebut, pihak polis berjaya menemukan beberapa barangan curi termasuk sejumlah alat muzik.

Polis turut merampas sebuah kereta jenis saloon yang dipercayai digunakan semasa kejadian tersebut.

Kes kini sedang disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk.
Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Surirumah rugi lebih RM108,000 akibat terpedaya iklan jualan kereta palsu di Facebook
Next: Kastam gagalkan cubaan seludup kokain RM1.05 juta di KLIA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.