Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Libatkan diri dalam pertanian moden
  • TEMPATAN

Libatkan diri dalam pertanian moden

Utusan Sarawak 5 years ago
HIDUP SUBUR… Dato Sri Dr. Stephen Rundi melakukan simbolik perasmian majlis.

SEBAUH: Penduduk di negeri ini khususnya masyarakat tani bagi kawasan luar bandar disaran untuk menceburkan diri dengan sistem pertanian secara moden.

Menteri Utiliti Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, ini membolehkan mereka yang berkecimpung dengan kegiatan pertanian itu dalam memaksimumkan hasil pendapatan mereka.

“Dengan cara yang moden, aktiviti pertanian dan perikanan kini lebih mudah diusahakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penangguhan Agriculture Community Outreach Program (AgriCOP) anjuran Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu di Rh Jimbai, Sungai Gerong, Ulu Sebauh.

Program terbabit memberi taklimat mengenai cara-cara perusahaan perikanan, penanaman durian Mou’Sang King.

Sementara itu pengisi program juga turut diberikan taklimat mengenai pinjaman perumahan bagi pembinaan rumah panjang daripada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Rundi juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena berharap peserta yang hadir dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh menerusi program terbabit.

“Program kursus sebegini seharusnya diteruskan bagi mendidik penduduk luar bandar dan sekaligus menggunakan ilmu ini  sebaik mungkin untuk meningkatkan taraf pendapatan mereka,” katanya.

Dalam majlis berkenaan beliau telah memberikan sumbangan sebanyak RM49,000 kepada JKKK Rh Jimbai dan RM15,000 lagi disumbangkan kepada Biro Wanita panjang tersebut.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Tun Taib pemimpin terulung
Next: Hari jadi TYT disambut meriah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.