Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Letupan ragut lima nyawa di kilang aeroangkasa Korea Selatan
  • GLOBAL

Letupan ragut lima nyawa di kilang aeroangkasa Korea Selatan

Utusan Sarawak 5 hours ago
KENDERAAN Agensi Bomba Kebangsaan memasuki pintu utama kilang Hanwha Aerospace di Daejeon pada 1 Jun 2026, selepas satu letupan dilaporkan berlaku. Foto AFP

SEOUL, Korea Selatan: Lima maut dalam satu letupan yang berlaku di sebuah kilang milik syarikat pertahanan Korea Selatan, Hanwha Aerospace, pada Isnin, menurut pihak berkuasa bomba tempatan.

Insiden itu dilaporkan kepada pihak berkuasa sekitar 11.00 pagi (0200 GMT) di kilang Hanwha yang terletak di Daejeon, kira-kira 150 kilometer di selatan Seoul.

Seorang wakil Ibu Pejabat Bomba Daejeon memberitahu AFP bahawa lima terkorban manakala dua lagi cedera, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Menurut pihak berkuasa yang dipetik oleh agensi berita Yonhap, letupan itu dipercayai berlaku di dalam kawasan kilang berkenaan.

EMPAT maut pada 1 Jun dalam satu letupan di sebuah kilang milik syarikat pertahanan Korea Selatan, Hanwha Aerospace, menurut pihak berkuasa bomba. Foto AFP

Hanwha Aerospace merupakan antara pengeluar utama peralatan pertahanan di Korea Selatan yang menghasilkan senjata, sistem artileri, dan komponen aeroangkasa.

Kemudahan syarikat itu di Daejeon memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan, termasuk teknologi persenjataan canggih serta sistem berkaitan angkasa lepas.

Seorang wakil Hanwha berkata kepada AFP bahawa “keadaan sebenar kejadian dan tahap kerosakan masih belum dapat dipastikan sepenuhnya. Kebakaran juga masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya.”

Pejabat Presiden memaklumkan bahawa Presiden Lee Jae Myung telah mengarahkan pegawai berkaitan supaya menggerakkan semua sumber yang ada bagi mengawal kebakaran tersebut. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Mesin penyepit hadiah cetus kebimbangan di Hong Kong
Next: Gempa bumi magnitud 6.0 landa pesisir Valparaiso, Chile

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.