Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki warga Indonesia masih belum dijumpai
  • Utara
  • WILAYAH

Lelaki warga Indonesia masih belum dijumpai

Utusan Sarawak 5 months ago
OPERASI pencarian masih diteruskan.

MIRI: Seorang lelaki warga Indonesia yang dikhuatiri dibaham buaya ketika sedang memancing di Sungai Asian Bridge Tol Kuala Baram di sini petang kelmarin, masih belum dijumpai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah, pihaknya kini masih meneruskan operasi pencarian mangsa.

“Operasi diteruskan hari ini dengan pencarian dalam radius satu kilometer (km) ke hulu dan satu kilometer ke hiliran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Petang semalam, pihak bomba menerima laporan sekitar 4.50 petang berhubung seorang lelaki dikenali sebagai Salim dibaham buaya semasa sedang memancing ikan.

Sejurus menerima laporan itu, pihak bomba ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Bagaimanapun, mangsa gagal ditemui.

Continue Reading

Previous: Lagi tiga perkampungan Melayu di Debak dilanda banjir kilat  
Next: Banjir: 18 guru, pelajar SK Ulu Roban berjaya dipindahkan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.