Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lelaki tidak sedar diri dalam kereta disahkan selamat
  • TEMPATAN

Lelaki tidak sedar diri dalam kereta disahkan selamat

Utusan Sarawak 7 months ago
SEORANG lelaki tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta di Jalan Datuk Bandar Mustapha di sini, telah diselamatkan oleh pasukan bomba, pagi tadi. 

KUCHING: Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta di Jalan Datuk Bandar Mustapha di sini, telah diselamatkan oleh pasukan bomba, pagi tadi. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.07 pagi, melaporkan seorang lelaki tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta jenis Mercedes putih yang berhenti di tepi jalan.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang tiba di lokasi kejadian pada 10.14 pagi. 

“Pasukan bomba segera menggunakan alatan khas untuk membuka kereta tersebut. 

“Setelah kereta berjaya dibuka, lelaki tersebut kembali sedarkan diri.

“Mangsa hanya tertidur akibat pening kepala dan setelah disoal siasat, beliau memaklumkan bahawa masih mampu memandu dan memilih untuk pulang ke rumah,” katanya. 

Dalam pada itu, kes dianggap selesai tanpa sebarang kecederaan serius dilaporkan.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: HMS Spey UK berada di Sarawak untuk kunjungan pertama
Next: Peniaga ayam panggang terima ‘durian runtuh’ RM1 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.