Lelaki tempatan ditahan, positif dadah di Lawas

Facebook
WhatsApp
TANGKAPAN DADAH… Lelaki berusia 52 tahun ditangkap di salah satu rumah Jalan Punang, Lawas atas kesalahan dadah. Foto IPD Lawas

LAWAS: Lelaki tempatan berusia 52 tahun yang tidak bekerja ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata tangkapan dilakukan di rumah Jalan Punang kira-kira 5.00 petang tadi.

Menurutnya, pemeriksaan awal terhadap suspek tidak menemui sebarang barang salah atau dadah. Namun, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai empat kesalahan terdahulu berkaitan dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Oleh Adeng Edrus

Donuf sasar 100 cawangan menjelang 2029

JOHOR BAHRU: Pengasas Donuf, produk gabungan donat dan pastri berkrim (creampuff) rangup, menyasarkan membuka 100 cawangan di seluruh negara menjelang