Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki rugi RM287,000 diperdaya pelaburan saham dalam talian tidak wujud
  • JENAYAH

Lelaki rugi RM287,000 diperdaya pelaburan saham dalam talian tidak wujud

Utusan Sarawak 4 hours ago
ALEXSON menasihati orang ramai supaya tidak melabur dalam penipuan yang meragukan dalam media sosial

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun kerugian RM287,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham dalam talian yang tidak wujud, yang diiklankan menerusi Facebook.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching menerima laporan daripada mangsa yang terpedaya dengan iklan pelaburan saham kononnya di bawah skim UOBS.

Beliau berkata, mangsa melihat iklan tersebut pada Mac 2026 ketika berada di rumah sebelum diyakinkan dengan tawaran keuntungan lumayan.

“Antara April hingga Mei 2026, mangsa telah membuat 11 transaksi pembayaran berjumlah RM287,000 ke enam akaun bank berbeza yang diberikan suspek. Selepas semua pembayaran dibuat, mangsa gagal menghubungi suspek dan tidak menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan,” katanya.

Menurut Alexson, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan dengan cara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah mempercayai tawaran pelaburan yang dipromosikan di media sosial dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum melabur.

Orang ramai juga disaran menyemak status syarikat serta laman sesawang pelaburan melalui Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Pelabur turut boleh menggunakan platform Investment Checker yang disediakan oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi memastikan sesuatu pelaburan adalah sah.

Alexson turut menggesa orang ramai supaya membuat semakan nombor telefon dan akaun bank yang mencurigakan melalui aplikasi Check Scammers CCID atau portal Semak Mule sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

Beliau berkata, mangsa yang baru membuat pemindahan wang ke akaun bank atau dompet elektronik milik suspek perlu segera menghubungi National Scam Response Centre di talian 997 bagi meningkatkan peluang mendapatkan semula wang yang dipindahkan.

Beliau turut menggalakkan orang ramai mengikuti akaun media sosial rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil iaitu @JSJKPDRM dan @CyberCrimeAlertRMP bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai modus operandi penipuan serta langkah pencegahan jenayah.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan, lebih lima gram syabu dirampas di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.