SERIAN: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun selepas menerima laporan bahawa anak perempuannya berusia 14 tahun dipercayai dirogol di sebuah kampung di Serian.
Ketua Polis Daerah Serian Superintenden Freddy Bian Anak Stanislaus Bian berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa kira-kira 5.06 pagi semalam.
Beliau berkata suspek yang merupakan bapa kandung mangsa ditahan bagi membantu siasatan.
“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana kesalahan sumbang mahram.
Polis memandang serius semua bentuk jenayah seksual dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.
Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat, gambar atau butiran yang boleh mendedahkan identiti mangsa serta menjejaskan privasi dan kesejahteraannya.
Oleh Connie Chieng





