Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki positif tiga jenis dadah ditahan, miliki rekod lampau
  • JENAYAH

Lelaki positif tiga jenis dadah ditahan, miliki rekod lampau

Utusan Sarawak 3 hours ago
SEORANG lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan selepas dikesan positif tiga jenis dadah dalam satu operasi khas Op Tapis, petang semalam. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan selepas dikesan positif tiga jenis dadah dalam satu operasi khas Op Tapis yang dijalankan di sekitar daerah ini, petang semalam.

​Serbuan yang bermula 6.00 petang itu digerakkan oleh sepasukan anggota daripada Task Force Khas Op Tapis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok hasil maklumat risikan serta aduan awam mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan berkenaan.

​Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, operasi yang diketuai oleh Inspektor Muhammad Asraf Mad Nasir itu telah berjaya mengesan dan memeriksa seorang lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan.

​Suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Saratok untuk tindakan lanjut.

Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis Benzo, Amphetamine, dan Methamphetamine. 

Semakan rekod jenayah juga mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes dadah di bawah akta yang sama pada April lalu.

DSP Mathew menjelaskan, kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Penganggur positif dadah ditahan di Kampung Jebungan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.