Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki patah kaki kanan selepas motosikal bertembung dengan kereta
  • KEMALANGAN

Lelaki patah kaki kanan selepas motosikal bertembung dengan kereta

Utusan Sarawak 1 month ago
KEADAAN kemalangan di di Simpang Bekenu Jalan Persisiran Pantai Miri Bintulu, 8.30 malam.

BEKENU: Seorang lelaki patah kaki kanan selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Simpang Bekenu Jalan Persisiran Pantai Miri Bintulu, 8.30 malam tadi.

Utusan Sarawak di lokasi kejadian malam tadi difahamkan kejadian itu berlaku apabila sebuah kereta dari arah Miri ke Niah telah bertembung dengan motosikal yang dinaiki mangsa.

Akibat pertembungan tersebut telah mengakibatkan mangsa melambung ke bumbung kereta dan jatuh ke tengah jalan.

BANTUAN…Kelihatan orang awam berada di lokasi kejadian turut memberi bantuan kepada pihak Klinik Kesihatan Bekenu untuk mengangkat mangsa ke dalam ambulans.

Identiti mangsa masih belum dikenal pasti, pihak polis Bekenu telah menyerahkan mangsa kepada pihak Klinik Kesihatan Bekenu untuk rawatan dan dihantar ke Hospital Miri.

Sementara itu, pemandu kereta merupakan seorang wanita bersama seorang penumpang yang membawa bayinya didapati tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.
Oleh Adum Liu

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Suasana hiba sambut kepulangan jasad mendiang Lawrence Yeo Thian Liang
Next: Hasrat sesi foto raya keluarga terkubur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.