Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut, kereta bertembung lori
  • KEMALANGAN

Lelaki maut, kereta bertembung lori

Utusan Sarawak 2 years ago

REMUK... Keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 118 Jalan Sibu-Bintulu, Selangau (Jalan Pan Borneo), pagi tadi.

SELANGAU: Lelaki maut selepas kereta dipandunya dipercayai bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 118 Jalan Sibu-Bintulu, Selangau (Jalan Pan Borneo), pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, nahas tersebut berlaku pada jam 8.00 pagi.

“Siasatan awal mendapati bahawa, kemalangan berlaku apabila lori yang bergerak lurus dari arah Selangau menuju ke arah Bintulu.

“Ketika tiba di suatu selekoh telah bertembung dengan kereta yang bergerak dari arah bertentangan yang memasuki laluannya,” jelasnya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Katanya, akibat daripada kemalangan tersebut pemandu berusia 47 tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan Klinik Kesihatan Sungai Arip.

“Mayat mangsa dibawa ke bilik mayat Hospital Mukah, Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalann 1987,” ujarnya.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Kereta Perodua Alza hangus 80 peratus dalam kebakaran
Next: Lelaki harungi detik cemas terlibat kemalangan kendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.