
KUCHING: Seorang lelaki warga tempatan ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi bersabit kes ugutan jenayah menggunakan senjata di Long Lama.
Suspek yang berumur lingkungan 20-an, disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Rampasan barang kes juga turut dibuat ke atas suspek iaitu sebilah parang berukuran lebih kurang 68 sentimeter.
Oleh NICKELYSON LAKUN