Lelaki ditahan cuba curi kabel telekomunikasi

Facebook
WhatsApp
DITAHAN...Suspek ditahan bersama beberapa barang kes.

MIRI, 28 Nov: Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan polis kerana disyaki cuba mencuri kabel telekomunikasi di Jalan Cosmos, Pelita Commercial Centre, di sini.

Polis Daerah Miri dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini memaklumkan bahawa suspek ditahan di Jalan Kampung Lereng Bukit kira-kira 3.50 petang semalam oleh anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Pusat Miri.

Kejadian itu dikesan selepas seorang penduduk melihat dan merakam seorang lelaki yang dipercayai sedang memotong kabel telekomunikasi di dalam parit berhampiran rumahnya pada malam Khamis lalu.

Polis turut merampas sebuah beg galas dan alat pemotong kabel jenis PVC yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Oleh Liong Chai Ling

WAWASAN tidak sertai PRN Sarawak ke-13

KUCHING, 27 Nov: Parti Wawasan Rakyat (WAWASAN) menjadi parti terbaharu mengumumkan keputusan tidak menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13