Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki maut terjatuh dari pusat beli-belah
  • JENAYAH

Lelaki maut terjatuh dari pusat beli-belah

Utusan Sarawak 2 months ago
POLIS memeriksa mayat seorang lelaki berusia 20-an.

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 20-an ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari sebuah pusat beli-belah di Jalan Wan Alwi awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kejadian itu dilaporkan orang ramai sekitar 12.08 pagi.

Pasukan polis dan paramedik telah dihantar ke tempat kejadian, yang mana mereka mendapati lelaki itu dalam keadaan tertiarap, tidak berbaju dan hanya berseluar hitam.

Paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Farhan menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat menghubungi Ketua Polis Balai Sekama ASP Simon Nareng di talian 016-8547803, Balai Polis Sekama di 082-332522, atau balai polis berhampiran.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Mayat lelaki terapung di sungai
Next: Laporan ketiga doktor ganggu pesakit wanita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.