Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki dipercayai khianat ditahan polis
  • JENAYAH

Lelaki dipercayai khianat ditahan polis

Utusan Sarawak 2 years ago

SIASATAN... Pasukan BSJ IPD Sibu menjalankan siasatan di lokasi kejadian malam tadi.

SIBU: Permohonan tahanan reman bagi membantu siasatan akan dibuat hari ini terhadap seorang lelaki yang dipercayai melakukan perbuatan khianat di salah sebuah bank di Jalan Kampung Nyabor , malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, Balai Polis Sentral Sibu telah menerima maklumat daripada orang awam sekitar 9.40 malam, memaklumkan telah berlaku kebakaran kecil di hadapan pintu masuk bank berkenaan.

“Siasatan di tempat kejadian oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah menemui serpihan botol kaca serta kain yang dipercayai digunakan untuk melakukan perbuatan khianat,” jelasnya menerusi siaran media, sebentar tadi.

Katanya, sekitar 10.56 malam (malam yang sama), pasukan operasi BSJ IPD Sibu telah berjaya menahan suspek lelaki tempatan berumur 36 tahun bersabit kes.

“Semakan mendapati suspek turut mempunyai beberapa rekod jenayah lampau. Permohonan tahanan reman akan dibuat hari ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 435 kanun keseksaan,” tegasnya.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Ceroboh rumah jiran, lelaki dijatuhi hukuman
Next: Penganggur dipenjara tiga tahun, pecahkan mesin CDM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.