Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki curi 15 tong gas dijatuhkan hukuman, denda
  • JENAYAH

Lelaki curi 15 tong gas dijatuhkan hukuman, denda

Utusan Sarawak 2 years ago

Tertuduh Lu Jin Peng, 30, didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

KUCHING: Seorang lelaki menerima padah setelah dikenakan denda RM1,000 dan enam bulan atau satu bulan penjara bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret akibat mencuri 15 tong gas di sebuah kedai makan 24 Jam di RH Plaza di sini.

Tertuduh Lu Jin Peng, 30, didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada 3 Januari lalu sekitar 7.00 pagi, pemilik kedai makan iaitu pengadu telah dimaklumkan oleh pekerja kedai makan tersebut, sebanyak 15 tong gas telah hilang dipercayai dicuri.

Susulan makluman pekerja berkenaan, pemilik membuat pemeriksaan Kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati lelaki yang tidak dikenali telah mengambil tong gas dan dimasukkan ke dalam kereta jenis Myvi putih.

Anggaran kerugian berjumlah RM2,200.

Lu Jin Peng berjaya ditangkap lebih kurang 4.52 petang berpandukan maklumat nombor pendaftaran kereta yang digunakan tertuduh di sebuah rumah beralamat No.744 Miles Penrissen Road.

Sampai di alamat berkenaan Lu Jin Peng berjaya ditangkap oleh anggota Ops Bersepadu Cegah Jenayah BSJD, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Malah, empat unit tong gas telah dijumpai di belakang rumah.

Turut dirampas, 12 unit tong gas jenama Petronas, dua unit tong gas jenama Petros, kereta Myvi, kunci kereta, sehelai baju jenama Nike berwarna biru dan topi jenama Polo berwarna hitam.

Tertuduh tidak diwakili peguam sementara pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin.

Oleh NICKELYSON LAKUN

Continue Reading

Previous: 91 individu terlibat judi haram tewas di tangan polis
Next: Bekas anggota polis dipenjara dua tahun dan denda RM10,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.