Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki cedera kemalangan kendiri
  • KEMALANGAN

Lelaki cedera kemalangan kendiri

Utusan Sarawak 7 months ago

Pihak bomba ketika cuba mengeluarkan mangsa dalam kemalangan kendiri di Batu 7, Jalan Penrissen, awal pagi tadi.

KUCHING: Seorang lelaki berusia 22 tahun cedera di bahagian muka dalam kemalangan kendiri di Batu 7, Jalan Penrissen di sini, awal pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada 6.16 pagi tadi. 

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut ditemui dalam keadaan mengiring di tengah jalan, dengan mangsa berada di dalam kenderaan dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa cedera di bahagian muka, namun tidak tersepit dan berjaya dikeluarkan melalui bonet belakang. 

“Selepas itu, mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut menggunakan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) EMRS,” katanya. 

Selepas mangsa dikeluarkan, pasukan bomba membersihkan jalan berminyak menggunakan gelung hos air dari tangki jentera bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Continue Reading

Previous: Warga emas maut kemalangan kendiri
Next: Kereta terbakar setelah bertembung dengan 4WD

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.