Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki cedera kemalangan babit tiga kenderaan
  • KEMALANGAN

Lelaki cedera kemalangan babit tiga kenderaan

Utusan Sarawak 5 months ago

Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang cedera. - Foto JPBM

BINTULU: Seorang lelaki cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Taman Bilangan, Jalan Pesisir Bintulu-Miri, hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kemalangan itu melibatkan sebuah lori tangki, lori barangan tiga tan, dan sebuah kereta Proton Saga. 

“Sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 8.55 pagi, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Seorang pemandu dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian pinggul namun tidak tersepit di dalam kenderaan,” katanya.

Operasi menyelamat melibatkan enam anggota bomba dengan bantuan sebuah jentera bomba (FRT).

Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

Setakat ini, punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Continue Reading

Previous: Pemandu berdepan detik cemas, kereta terbabas ke dalam parit
Next: Tujuh maut, 33 cedera kemalangan di KM204 PLUS arah utara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.