Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lelaki bersenjata lepas tembakan dekat Rumah Putih, suspek ditembak Polis Perkhidmatan Rahsia
  • GLOBAL

Lelaki bersenjata lepas tembakan dekat Rumah Putih, suspek ditembak Polis Perkhidmatan Rahsia

Utusan Sarawak 6 hours ago
TEMBAKAN berhampiran Rumah Putih berpunca daripada pertembungan antara individu bersenjata dan Polis Perkhidmatan Rahsia.

WASHINGTON: Seorang lelaki melepaskan tembakan berhampiran Rumah Putih semalam, mencederakan seorang remaja yang berada di lokasi sebelum pegawai Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) membalas tembakan dan menembak suspek, menurut agensi itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Perkhidmatan Rahsia, yang bertanggungjawab melindungi presiden AS dan pegawai kanan lain, memaklumkan di platform media sosial X bahawa insiden itu berpunca daripada pertembungan antara individu bersenjata dan Polis Perkhidmatan Rahsia.

Suspek dan remaja itu dibawa ke hospital. Keadaan lelaki bersenjata itu tidak didedahkan serta-merta, manakala kecederaan remaja berkenaan tidak dianggap mengancam nyawa.

Insiden itu berlaku di selatan Rumah Putih, berhampiran Monumen Washington, menyebabkan kompleks presiden dikenakan kawalan keselamatan sementara, walaupun kawasan dalamnya tidak terjejas secara langsung.

Menurut Timbalan Pengarah Perkhidmatan Rahsia Matt Quinn, pegawai mula mengesan lelaki itu lebih awal pada petang selepas melihat sesuatu yang dipercayai bentuk senjata api di bawah pakaiannya.

Suspek sempat melarikan diri sebelum berdepan dengan pegawai beruniform, ketika itulah beliau melepaskan tembakan.

Perkhidmatan Rahsia sebelum itu memaklumkan bahawa pasukan kecemasan sedang bertindak balas di selatan Rumah Putih dan menasihatkan orang ramai supaya menjauhi kawasan berkenaan.

Wartawan di Rumah Putih melaporkan bahawa semasa kejadian, mereka dibawa ke bilik yang biasanya digunakan untuk sidang media.

Presiden AS Donald Trump meneruskan acara bersama pemilik perniagaan kecil ketika insiden berlaku. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi magnitud 5.9 landa Sumba Barat di timur Indonesia
Next: Farmasi di Jerman terus merosot, sektor beri amaran kekurangan dana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.