Lee Kim Shin serah geran MRP kepada 32 NGO

Facebook
WhatsApp
TERIMA KASIH… Datuk Lee Kim Shin (baris depan, duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama penerima geran MRP di Pusat Khidmat DUN Senadin di Miri,semalam.

MIRI : Sejumlah RM239,000 geran Projek Kecil Luar Bandar (MPR) diagihkan kepada 32  penerima terdiri daripada pertubuhan, kelab dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin di sini, semalam.

Majlis ringkas penyerahan cek kepada penerima disempurnakan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Datuk Lee Kim Shin di Pusat Khidmat DUN Senadin.

Antara yang menerima geran tersebut ialah Kesatuan Guru Sarawak Cawangan Miri,  Persatuan Ketua Masyarakat Cina Bahagian Miri dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)  Lembah Hijau.

Geran berkenaan disediakan oleh kerajaan negeri bagi membantu persatuan, kelab dan NGO menganjurkan aktiviti mereka termasuk program berkonsepkan sosial dan kemasyarakatan.