Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lebih sejuta daftar PADU – Rafizi
  • NASIONAL

Lebih sejuta daftar PADU – Rafizi

Utusan Sarawak 1 year ago

DALAM usaha memastikan rakyat dapat menerima manfaat subsidi bersasar, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang mengambil inisiatif membuka reruai bagi pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Pasar Malam Taman Bukit Galena, kelmarin. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Lebih sejuta individu telah mendaftar dengan Pangkalan Data Utama (PADU) setakat pagi ini pada hari kelapan sistem itu dilancar dan dibuka kepada orang ramai.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menerusi catatan di laman X berkata angka itu termasuk kanak-kanak di bawah 18 tahun.

“Seluruh jentera kerajaan turun membantu untuk memastikan kita meminimumkan risiko keciciran dalam pelaksanaan subsidi bersasar melalui pendaftaran #PADU.

“Teruskan momentum untuk beralih ke bantuan bersasar,” katanya sekali gus memohon kerjasama rakyat yang masih belum mendaftar untuk berbuat demikian melalui http://padu.gov.my.

 Beliau turut memohon bantuan rakyat bagi membantu mereka yang kurang mahir digital untuk mendaftar, termasuk ibu bapa, keluarga dan jiran.

Pendaftaran PADU dibuka kepada orang ramai bermula 2 Januari lepas hingga 31 Mac ini dengan pengguna boleh mengemas kini dan mengesahkan butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat kediaman.

Ia bertujuan meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber, terutama pengagihan subsidi dan bantuan kerajaan yang lebih bersasar kepada rakyat yang benar-benar layak. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tiong nafi minum arak, makan daging khinzir di pejabat
Next: KSM komited tambah baik pengurusan pekerja asing – Steven Lim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.